{"id":8554,"date":"2015-12-24T15:29:11","date_gmt":"2015-12-24T07:29:11","guid":{"rendered":"https:\/\/www2.weiling-gallery.com\/contemporary\/?post_type=portfolio&#038;p=8554"},"modified":"2015-12-24T15:40:08","modified_gmt":"2015-12-24T07:40:08","slug":"yusof-ghani-kritik-masyarakat-melalui-lukisan-oleh-ani-awang","status":"publish","type":"portfolio","link":"https:\/\/weiling-gallery.com\/contemporary\/portfolio-item\/yusof-ghani-kritik-masyarakat-melalui-lukisan-oleh-ani-awang\/","title":{"rendered":"&#8220;Yusof Ghani Kritik Masyarakat melalui lukisan&#8221; oleh Ani Awang"},"content":{"rendered":"<div id='artists-title'  class='avia-section av-av_section-142ff43b7600746a6e970fde5cf91c57 main_color avia-section-default avia-no-border-styling  avia-builder-el-0  avia-builder-el-no-sibling  avia-bg-style-scroll  container_wrap fullsize'  ><div class='container av-section-cont-open' ><main  role=\"main\" itemprop=\"mainContentOfPage\"  class='template-page content  av-content-full alpha units'><div class='post-entry post-entry-type-page post-entry-8554'><div class='entry-content-wrapper clearfix'>\n<div class='flex_column av-av_one_full-2a9015ff38129c418a3f2eafba3e9512 av_one_full  avia-builder-el-1  avia-builder-el-no-sibling  first flex_column_div '   ><section class=\"av_textblock_section \"  itemscope=\"itemscope\" itemtype=\"https:\/\/schema.org\/CreativeWork\" ><div class='avia_textblock  '  style='font-size:14px; '  itemprop=\"text\" ><p><span style=\"font-family: open sans thin; font-size: 25px; line-height: 24px; letter-spacing: 1px; color: #333333;\">Utusan Melayu, 6 March 2006<br \/>\nYusof Ghani Kritik Masyarakat melalui lukisan<br \/>\noleh Ani Awang<\/span><\/p>\n<div style=\"font-size: 14px; line-height: 24px; color: #666666; text-align: justify;\">\n<div id=\"attachment_8559\" style=\"width: 310px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"https:\/\/weiling-gallery.com\/contemporary\/wp-content\/uploads\/2015\/12\/segerak-news-b1.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-8559\" class=\"size-full wp-image-8559\" src=\"https:\/\/weiling-gallery.com\/contemporary\/wp-content\/uploads\/2015\/12\/segerak-news-b1.jpg\" alt=\"YUSOF GHANI bersama karyanya yang sedang dipamerkan di Wei-Ling Gallery di Kuala Lumpur. \" width=\"300\" height=\"230\" \/><\/a><p id=\"caption-attachment-8559\" class=\"wp-caption-text\">YUSOF GHANI bersama karyanya yang sedang dipamerkan di Wei-Ling Gallery di Kuala Lumpur.<\/p><\/div>\n<p>KECELARUAN pemikiran dalam kehidupan seharian telah memberi idea kepada pelukis Yusof Ghani, 56, untuk melakukan kritikan sosial yang tajam terhadap masyarakat melalui karya-karyanya.<\/p>\n<p>Kritikan itu bertujuan menyedarkan masyarakat bahawa sebarang tindakan hendaklah dilakukan dengan berhati-hati agar ia tidak menimbulkan kesan yang tidak baik kepada persekitaran.<\/p>\n<p>Itulah mesej yang disampaikan oleh pelukis dari Johor itu yang begitu sinonim dengan karya-karya figura yang penuh dengan pernyataan sosial.<\/p>\n<p>Menurut Yusof, dia menampilkan karya itu setelah melihat pelbagai kecelaruan dalam kehidupan masyarakat.<\/p>\n<p>Kata beliau, kecelaruan itu telah menjadi perhatian dalam media cetak, elektronik dan bahan bacaan lain.<\/p>\n<p>\u201cSaya menggabungkan pelbagai isu yang terjadi dalam masyarakat termasuk isu politik pada kanvas kerana apa yang terjadi itu kita boleh lihat di mana-mana sahaja.<\/p>\n<p>\u201cSemua orang hendak bergerak dengan cepat dan mencapai sesuatu dengan menggunakan pelbagai cara asalkan mereka mendapat apa yang dihajati,\u2019\u2019 kata beliau ketika ditemui pada pameran solo Segerak 111 di Wei-Ling Gallery di Kuala Lumpur baru-baru ini.<\/p>\n<p>Pameran tersebut bermula sejak 13 Februari lalu dan akan berakhir pada 8 Mac ini.<\/p>\n<p>Sebanyak 23 buah karya Yusof sedang dipamerkan. Karya-karya tersebut dijual pada harga antara RM9,000 hingga RM45,000 setiap satu.<\/p>\n<p>Antara karya beliau yang menggunakan cat minyak, akrilik dan dakwat yang menarik ialah Untouchable, Emerging, Freedom, Players, Nightwalkers 1 dan 11, Hikers, Victims, Peace Makers, Strangers, Bait, Searching, Energy 1, 11 dan 111 serta Street Fighter.<br \/>\nMenurut Yusof, dia menjadikan lukisan sebagai saluran untuk melakukan kritikan sosial yang tajam kerana ia memberikan pengertian yang besar untuk dihayati oleh khalayak.<\/p>\n<p>Aliran<br \/>\n\u201cSetiap pelukis mempunyai aliran tersendiri dan kerana itu lukisan yang saya lukis daripada Siri Tari hingga Siri Wayang jelas mempunyai kritikan sosial. Ini kerana figura yang saya tampilkan sering berlaku dalam masyarakat sekarang,\u2019\u2019 katanya yang bertugas sebagai pensyarah seni halus di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.<\/p>\n<p>Menjelaskan mesej lukisan Siri Tari, kata Yusof, lukisan dalam siri itu memaparkan kelakuan yang bercelaru manakala Siri Wayang menggambarkan manusia sebagai pelakon di pentas dunia.<\/p>\n<p>\u201cPenggunaan warna, garisan dan pengolahan yang pelbagai adalah gambaran suka duka, pahit manis, sedih dan gembira.<\/p>\n<p>\u201cIa adalah satu realiti yang kadangkala kita berada di tengah atau kerap kali menjadi penonton pinggiran dan ini merupakan realiti kehidupan yang kita tidak boleh pertikaikan,\u2019\u2019 tambah beliau.<\/p>\n<p>Sebagai contoh, sikap berlumba-lumba untuk mencapai sesuatu peluang tanpa mempedulikan orang lain boleh mengakibatkan persaingan yang buruk dalam masyarakat, katanya.<\/p>\n<p>Yusof telah menghasilkan karya Siri Tari dan Siri Wayang pada 1984-1991, Siri Segerak sejak 2003 hingga Segerak I, Segerak II dan terbaru ialah Segerak III. \u2013 ANI AWANG<\/p>\n<\/div>\n<\/div><\/section><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"Utusan Melayu, 6 March 2006 Yusof Ghani Kritik Masyarakat melalui lukisan oleh Ani Awang YUSOF GHANI bersama karyanya yang sedang dipamerkan di Wei-Ling Gallery di Kuala Lumpur. KECELARUAN pemikiran dalam kehidupan seharian telah memberi idea kepada pelukis Yusof Ghani, 56, untuk melakukan kritikan sosial yang tajam terhadap masyarakat melalui karya-karyanya. Kritikan itu bertujuan menyedarkan masyarakat [...]","protected":false},"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","template":"","meta":{"ngg_post_thumbnail":0,"footnotes":""},"tags":[],"portfolio_entries":[17],"class_list":["post-8554","portfolio","type-portfolio","status-publish","hentry","portfolio_entries-news-2"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/weiling-gallery.com\/contemporary\/wp-json\/wp\/v2\/portfolio\/8554","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/weiling-gallery.com\/contemporary\/wp-json\/wp\/v2\/portfolio"}],"about":[{"href":"https:\/\/weiling-gallery.com\/contemporary\/wp-json\/wp\/v2\/types\/portfolio"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/weiling-gallery.com\/contemporary\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8554"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/weiling-gallery.com\/contemporary\/wp-json\/wp\/v2\/portfolio\/8554\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8561,"href":"https:\/\/weiling-gallery.com\/contemporary\/wp-json\/wp\/v2\/portfolio\/8554\/revisions\/8561"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/weiling-gallery.com\/contemporary\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8554"}],"wp:term":[{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/weiling-gallery.com\/contemporary\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8554"},{"taxonomy":"portfolio_entries","embeddable":true,"href":"https:\/\/weiling-gallery.com\/contemporary\/wp-json\/wp\/v2\/portfolio_entries?post=8554"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}